Terlebih-lebih dulu,aku nak ucapkan terima kasih kepada admin blog sebab undang aku jadi salah seorang penulis blog ni..Aku pun tak tahu atas dasar apa dia amek aku jadi penulis blog dia,mungkin sebab aku banyak
Kopi
Kisah ini berdasarkan kisah benar,diubah suai sedikit agar menepati selera dan cita rasa pembaca.
Suatu hari,di petang nan indah,Encik John (bukan nama sebenar) dan kawan-kawannya pergi ke sebuah kafe untuk menikmati hi-tea bersama kuih koci .Salah seorang kawan Encik john ni pergi memesan minuman diorang..
Lepas kawan Encik John tu order,datang dua orang Caucasian (baca:Mat Saleh) ,buat pesanan kat kaunter..
"Bagi 5 cawan kopi,2 untuk kami,3 yang ditunda.."
Encik John heran bila dengar pesanan mereka..lantas,Encik John bertanya pada kawannya..
"Kopi yang Ditunda?Apakah?"tanya Encik John yang kehairanan kepada kawannya.Disangkanya perisa baru,resipi istimewa dari kafe itu..
"Sabar,kau tengoklah nanti.."balas kawan Encik John,sambil angkat kening buat double-jerk.
Lepas tu,ramai pelanggan datang kat kafe tu..Ada satu group peguam datang buat pesanan..7 kopi..3 untuk mereka (sebab diorang datang 3 orang) 4 yang ditunda..
"Kopi yang ditunda lagi..Banyak pulak tu" monolog Encik John dalam hati..
Encik John pun membiarkan persoalan itu berlalu,sambil menikmati pemandangan indah musim panas ketika itu melalui jendela kafe.
Tak lama lepas tu,seorang lelaki yang memakai pakaian compang-camping masuk ke dalam kafe tu..
"Anda ada Kopi Yang Ditunda?" Tanya si lelaki kepada awek penjaga kaunter.
![]() |
| A man with suspended coffee.. |
Ianya mudah..Kita bayarkan kopi untuk mereka yang tak mampu nak beli minuman panas..Tradisi ni bermula di Naples,dan dah tersebar ke seluruh dunia..Kat Malaysia,aku tak pasti..Tercari-cari jugak aku bila jenjalan outing,manalah tahu stabak (baca:Starbuck) ade buat suspended coffee ke,tapi macam takde..Ada kat sesetengah tempat tu,jangan kata kopi,1 set meal pun kau boleh buat 'suspended'..
Pengajarannya kat sini,sesiapa pun,di mana-mana pun,kita boleh buat kebajikan..Nampak macam simple,tapi jangan lupa,benda ni boleh bikin dacing kita berat sebelah kearah amal jariah bila dihisab nanti..
Tak semua mampu keluar berdakwah 40 hari,
Tak semua petah berbicara memberi tazkirah ukhrawi,
Tak semua mampu bagi sumbangan kat anak yatim berjuta ringgit sampai masuk tv,
Tapi dengan one simple deed,InsyaAllah,akan membantu kita di sana nanti..
Bak kata ustaz Hasrizal Jamil,erti hidup pada yang memberi..
Expect less,give more..
Sekian..
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Suspended Coffee,sila lawat page facebook mereka..Taip "Suspended Coffee" di kotak search..Jangan lupa like ye..
p/s:Sila abaikan penggunaan bahasa yang kejap-kejap skema,keja-kejap kasar semacam..Because I'm happy being original me.



No comments:
Post a Comment