Powered By Blogger

Sunday, August 28, 2016

SYAHWAT YANG TERMANJA

Disaat pagi yang indah ketika leka memberi ayam itik dan arnab makan jagung, nasi dan rumput respectively,  tiba tiba terlihat sesuatu yang mengejutkan di lantai reban.
Darah yang mengalir.
Ya, darah pekat mengalir disisi....

Aku nampak baby yang tak berdosa, terkulai layu.
Serius.
Terbaring kaku tanpa degupan nafas!

Ada sikit semut hitam yang mula mengerumuni tubuh itu!

Terkejut, terjelepok, terdiam seketika,
Badan yang dirasakn ringan terjatuh ditanah hitam.
Sakit, namun otak masih memcerna.
lantas teringat kisah semalam.

"Kau tak tahu macam mana nafsu binatang. Lebih kurang sama dengan nafsu manusia hari ini yang melayan shahwat di jalanan."
Nah, itulah dia nafsu binatang.
Masakan tidak pepatah melayu itu wujud!

Bangun, mencari kekuatan.
Bayi mati tanpa tahu siapa bapanya didepan mata.
Bukan ilusi kaca tv, tapi betul betul nyata.

Seekor, dua ekor, tiga ekor, empat ekor...
Sadis, barangkali mati keguguran akibat ibu yang berlari lari dikejar arnab jantan yang bernafsu binatang!

P/s: sedih sebenarnya bila pegawai2 seperti ini ajak dodoikan nafsu yang membara.
Aku pun manusia, tahu sangat bagaimana indah bermain dengan syahwat ni.
Jika budak masjid pun hanyut, kita yang iman senipis kulit bawang ni bagaimana?

#IniBaruCS
#wahaikadetberiman

SUBUH DAN HAKIKAT WAJAH

Bro, pernah rasa orang mula tak suka bercakap dengan kita?
Senang kata kau rasa dia dah tak ngam dengan kau, dia benci kau.
Tapi tu kau rasa, walau hakikatnya tak de pon.
Pernah rasa tak?

Kalau ada..

Itu tanda Allah yang mula nak jauhkan kau dariNya,
Ditarik rahmat perlahan lahan, melalui orang sekeliling.

So, kalu dah ada rasa macam tu, ingatlah Allah baik baik.
Then, jaga lah hubungan mesra kau bersama orang sekeliling tu.
Hablu Minallah wa Hablu Minannas.
Bagi seimbang macam dacing tu.

Oke?

P/s: orang yang meninggalkan solat subuh, akan ditarik nur diwajahnya,
Jon subuh berjemaah. Agar orang senang dengan wajah kita yang bercahaya.

Ibadah Korban- perspektif dari Pemuda 23 Tahun

Alhamdulillah, selesai solat maghrib berjemaah di Masjid Klang.
Rasa indah bila dapat kembali sujud pada tuhan selepas seharian dengan rutin dunia;

Solat-inilah masa untuk rehat!

Malam tu slot Ust Luthfi pula, berkisar pasal ibadah Korban yang akan berlangsung dalam 2 minggu lagi,
Arghh..sekejap masa berlalu. Rasanya baru semalam raya Aidilfitri, sekarang masuk raya Korban pula.

Qurban ialah penyembelihan binatang qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat 'Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada Allah s.w.t. , iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

"Itulah silapnya masyarakat Melayu kita, lebih suka membesarkan yg kecil dari yang sepatutnya. Terawih sanggup pukul anak kalau tak pergi, tapi solat fardhu jemaah tak nampak pula dimasjidnya?
Macam tu juga raya puasa, Syawalnya dah habis, namun semalam ada lagi sambutan Hari Raya, lantas menenggelamkan kebesaran raya Korban!"...

Alamak, deep... sungguh deep. Ni betul2 terkena.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi'ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur."(surah al-Haj:36)

Tarik nafas bagi organ pernafasan oxygen. Kalau tak takut dyspnea pula.

Ustaz menyambung;
"Orang Myanmar tu sanggup OT dari awal mula kerja sebab semata2 nak buat ibadah korban, kita ni senang2 tunggu orang agih2 daging sahaja!"

"Eh, bukankah selain Islam, Merdeka, Berakal, dan Baligh ada syarat 'berkemampuan' untuk syarat sah Korban?" Aku terfikir isi ustaz awal2 tadi.

"Berkemampuan itu dikira bila mana kita ada lebihan harta pada 4 hari tashrik tersebut. Selepas ditolak bil2 utiliti, nafkah anak2, hutang2, then kira2 ada lagi 5 ribu, korbanlah. Itulah namanya lebihan.
Tapi boleh juga kalau kita main kutu, macam orang kita sekarang.
Main2, kumpul setiap bulan rm60, cukup setahun dapatlah lebih kurang 700 ringgit, cukup untuk sebahagian lembu..

Wah menarik cadangan ustaz.
Aku sempat cari apps calculator dari Samsung Note 7,
Rm700÷12 bulan, lebih kurang RM59. Ustaz cakap memang tepat.
Kalau nak buat satu family 7 orang? Aku cuba mencongak.
Kononnya nak dapatkan satu lembu terus.
Lagi menarik dapat satu family tunaikan ibadah sunat yang dituntut ini.

Eh, kejapp...
Selain mak abah, 3 orang akak dan aku, adik bawah macam tak baligh lagi.
Bru darjah 5...boleh ke?

Tiba- tiba ustaz sebut;
"Haram guna harta anak nak buat ibadah korban, tapi boleh diniatkan sama nama anak tu, so nanti jadilah dia juga sebagai orang yang buat korban".

Eh, macam mana?

"Walaupun lembu ada 7 bahagian, dalam satu bahagian itu boleh letak banyak nama.
Letak nama atuk, abah, emak, kakak kalau masih tak berkemampuan.
Bukankah sharing is caring?
Lagipun, ibadah ni kena buat at least once in a lifetime.

Ooooo
Jemaah2 tua mengangguk2

Lagi pula, syarat Baligh tu sendiri ramai ulama sepakat tidak strict sangat.
Tak baligh pun tak apa, masih diterima ibadahnya. Cuma masih belum dituntut untuk dilaksanakan.

"Ustaz, bagaimana pula kalau Petronas bagi masjid lembu 5 ekor? Nak diniatkan untuk Petronas ke?", pak cik kopiah hijau tanya.
Aku pun mengangguk2, tak pernah terfikir.

"Eh...jangan, rugi.
Petronas tu dah baligh ke?" Hahaa..jemaah ketawa menyeringai.

"Buat gini, pakat2 ajk masjid duk bincang, cari 7 nma fakir untuk satu lembu, kemudian masa korban niatkan nama mereka.
Inikan ibadah once in a lifetime,  bagi mereka dan anak2 mereka merasa juga ibadah ini.
Siapa yang tak nak punyai kenderaan masa diakhirt kelak?

'Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:"Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat."

Kalau 5 lembu, darab 7 bahagian, dapatlah 35 nama. Letaklah nama kariah2 kita yang masih tak laksanakan lagi...."
Cadangan ustaz yang bagus, bagi aku.
Semua orang nak rasa.

"Baiklah, tadi adalah ibadah korban yang sunat Muakkad. Sangat2 dituntut.
Ada juga korban yang wajib. Apa dia?"
Semua orang tertanya2..

"Bila mana orang itu ada nazar disebut lillahi.. contohnya;aku nazar kalau anak aku jadi doctor nak buat ibadah korban, maka wajib dilaksanakan ibadah itu.
Dan daging agihan tadi haram dimakan oleh orang yang korban dan orang dibawah tanggungannya..."

"Maka moleklah kiranya kalau dia yang buat korban di Palestin, Myanmar,  Bangladesh tu,   diniatkan untuk ibadah korban wajib.
Dah alang2 daging tu memang tak akan sampai pada orang yang korban di Malaysia,
100% untuk orang disana.
Sekarang ni kalau di Malaysia RM700 sebahagian lembu, tapi untuk orang disana RM300 sahaja...."

Oooooo...melopong juga lah kami.

"Ustaz2, beria2 pak cik tu angkat tangan.
Macam mana pula dengan jiran Not Yet Muslim sebelah rumah saya. Dia tu suka bagi kami makanan.. tak kan saya tak nak bagi sikit daging ini?"

Tetiba aku teringat Bryan, Kang, Sivam, Alex di rumah..
eh. Sivam tak makan lembu.

"Ulama kata boleh diberikan daging korban kepada kafir Zimmi, tak ada masalah!"

Oooooo...ilmu baru sungguh ini. Ingatkan memang tak boleh bagi langsung.

"Inilah akhlak islam yang kita mahu tonjolkan...
Ingat, tak kan sampai darah atau daging ini pada Allah melalui korban, tapi yang sampai adalah sifat taqwa kamu kepadaNya. Itulah yang Allah mahukan!"
sambung ustaz sebagai pengakhiran ceramah malam itu.

Hmmm...
Inagtkan Umur 23 ni dah khatam bab2 korban, rupanya banyak lagi benda yang aku sendiri kompius.
Alhamdulillah, umur 23 dah sekarang.. kumpul Rm60 sebulan maka dapatlah aku buat ibadah korban atas nama aku sendiri tahun depan.
Insyaallah..
Tak kan asyik nak tunggu orang bagi2 daging je, kita bila lagi?
Kalau Iphone boleh beli, takkan satu bahagian lembu tak boleh usaha langsungkan?

Tepul dada tanya diri, nak atau tak nak?

 Assalamualaikum w.b.t,


                salam semua kini saya kembali untuk mengupas dan merencanakan informasi informasi yang dapat saya kongsi kepada saudara kalian.. lama sgt ni menyepi tibe2 datang smgt utk mengarang  balek.post ini  underground iaitu benda yang penting tpi tidak bersifat umum. Ape yang saya akan ceritakan adalah melaluai pembacaan2 saya yang terdahulu melalui beberapa buku serta sumber lain yang boleh dipercayai.Hal ini lebih bersifat pandangan dan saya harap kalian sila beri tunjuk ajar.

                 baiklah pertama sekali adalah yahudi,Yahudi adalah kepercayaan yang berasal dari mesir purba iaitu bergolongan daripada nabi ya'akub dan digelar bani israel.Golongan ini percaya mereka adalah kaum yang terpilih dan percaya darah atau bunuh bagi kepercayaan lain adalah halal.Di sebut juga diberi dunia ini bagi mereka sebagai syurga,.Sebelum itu ,golongan ini mempercayai kitab taurat dan dipercayai telah di selewengkan.di sini petikan ayat al quran

         "kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis kitab taurat dengan tangan mereka(lalu mengubah kalam allah dengan rekaan mereka), kemudian mereka berkata: 'ini ialah dari sisi allah', supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit, maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelekaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.' (surah al-baqarah ayat 79
                   sejarah islam juga bnyak mengatakn bahwa banyak (nabi) yang telah diutuskan oleh allah keatas golongan ini untuk memperbetulkan kembali akidah mereka namu golongan ini banyak melakukan kemungkaran sehingga ada yang membunuh nabi:

                Dan mereka membunuh para nabi tanpa alasan yang benar." (QS. an- Nisa': 155

               Sebenar benarnya saya masih lagi dalam pembacaan mengenai zionis ini..hehe.Secara dasarnya apa yang saya dapat nyatakan pandangan terhadap gologan ini adalah bnyk dan stiap adalah jauh sekali..pada mulanya menyatakan zionis ini adalah satu gerakan oleh bangsa yahudi sendiri yang tergolong daripada golongan professional mereka sendiri.golongan ini merencanakan duni berlandaskan 40 protokol jahat yang sangat licik. terdapat juga protokol menyatakan mereka akan mengadakan bnyak pendapat di muka ini bagi mengaburkan mata dunia..mungkin sbab ini kowt saya dpat pelbagai infi mengenai mereka :)..golongan in telah direncanakan pada tahun 1901.

               melalui buku lain yang saya baca juga mnyatak gologan ini bukanlah gologan yang terpilih seperti yang oleh gologan itu sendiri namun golongan zionis ini adalah gologan yang bukan ada pertalian darah dengan yahudi namu mereka melabelkan mereka adalah juga insan2 terpilih..hurm...di nyatakn mereka ini lebih bersikap radikal dan sanggup menggunakan pelbagai tipu helah untuk menjatuhkan musuh mereka secara langsung atau sebaliknya.Kebanyakan golongan ini lebih tertumpu di sekitar barat iaitu di sekitar eropah dan benua amerika.Terdapat buku yang memberi gmbaran mereka bahawa gologan ya'juj dan makjuj adalah dripada glongan ini.secara sejarahnya kita tahulah bahawa pada asalnya eropah bukanlah satu bangsa yang terkenal.tahu2 je zaman gelap dan zaman renaissance tiba dan katranya ketika itu tembok besar mereka sudah roboh.. wallahu alam.Mengenai tembok ini roboh juga terdapat bnyak pendapat yang lain2..sambung balik,dengan ini dapatlah kita rumuskan bahawa zionis ini bukanlah gologan yang boleh diberi muka.Namun timbol persoalan jika gologan ini hebat dan mengusasai dunia namu kenapa tetap mahu mempertahankan bumi israel,baitulmaqdis?? apakah israel itu sebuah negara?? mengapa disa?? apekah agenda mereka ??? hurm.............

                   Seterrusnya saya akan cerita sedikit mengenai negara israel.Negara ke???hurm...Pada 1948, satu dunia ini dikejutkan dan terkejut walaupun ramai yang tahu bahawa satu negara baru bernama Israel telah ditubuhkan.Tapaknya bukan negeria, tapi Gaza Baitulmaqdis hasil konspirasi manusia yang bukan manusia,hanya bertopeng manusia.Negara ini yang mulanya kecil telah wujud kononnya hasil rasa simpati ke atas golongan Yahudi atas kekejaman Hitler yang tak tenang ketika perang dunia ke 2.(Sila baca post terdahulu kalau nak mengetahui perjalanan sejarah Yahudi,kenapa PBBdengan senang lenangnya memberi tanah kepada golongan ini di GAZA).iNI BUKAN KEBETULAN TAPI TELAH DIRANCANG DENGAN iZINNYA.iSRAEL BUKAN SATU GOLONGAN TAPI HANYALAH SATU KEPING TANAH YANG DIBERIKAN KEPADA yAHUDI lAKNATULLAH. Tanah baitulmaqdis adalah tempat lahirnya tiga agma samawi iaitu Islam, Kristian , Yahudi.

                      Islam juga menyatakan bahawa Yahudi ini takkan bertanah dan akan duduk berselerakan.So, ini telah membuktikan bahawa mereka memang takkan pernah diberkati untuk duduk bertanah.Selain itu, golongan Zionis ini mempunyai gerakan tersusun dan mempunyai kaitan dengan Freemason. Mereka percaya dengan menawan Israel mereka boleh membina Haiql sulaiman. Tempat ini dipercayai akan menjadi site Dajjal memerintah. Disana juga mereka telah mengubah landskap geografi dengan membina saliran,sungai,pokok dari satu gurun yang tandus. Ini sebenarnya salah satu tanda kiamat.

                 Baiklah, saya cuba menggambarkan ketiga-tiga isu tadi dan amat mengharapkan kefahaman dari pihak anda.Dapat disimpulkan bahawa 3 eleman yang saling berhubung kait tadi perlu dijadikan iktibar agar kita dapat mejaga diri dari ditipu.Persoalannya apakah agenda mereka sebenarnya??SAebelum saya berundu diri, bersama-samalah kita menadah tangan memohon perlindungan agar sentiasa dijauhkan dari fitnah dunia. Doakann juga tanah Jerussalm dapat ditawan kembali seperti mana Saidina Umar dan sultan Salahuddin berjaya lakukan satu masa dulu.Insyaallah..amin..

 Yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk atas kelemahan diri saya sendiri..

Jom kembali fitrah&

Saturday, October 3, 2015

UNTUK JIWA KECIL

Menulis bukan apa,
Sebab ia datang dari hati.
Sangat salah bila ia beremosi.

Entahlah..

Saturday, September 12, 2015

WARKAH UNTUK BUAH HATI

Wahai jiwa yang cintakan rahmatNya,
Wahai jiwa yang mencari hidayahNya,
Wahai jiwa yang kepingin syurga...

Sanggupkah engkau melepaskan cinta itu?
Sanggupkah engkau meninggalkan dunia mainan mu?
Sanggupkah engkau pisahkan dirimu dari merindunya?
Benarkah sayang till jannah itu yang kau cuba laksana?

Hati, jangan tertipu.
Relakan perpisahan.
Relakan kesengsaraan,
Relakan rasa pedih.
Kerna ia nikmat sementara yang mengaburkan mata.

Wahai pemuda, besarkan jiwamu.
Lihatlah dengan mata hati yang yang tunduk padaNya,
Bukan mengikut hawa semata.
Bukan ikut nikmat dunia.

Pada siapa harus aku bercerita,
Jika pada manusia pun, belum tentu mereka memahami diriku.
Belum tentu mereka masih berhusnuzon denganku.

Entah,
Tapi kata kata mu selalu mengganggu tidur malamku.

Kita ada benda yang lebih besar ingin dicapai bersama.

Sebab redha Allah itu yang lebih utama.

Entah,
Sebab aku masih mencari makna.
Dan kau membisu mencari kata.

Friday, September 11, 2015

INIKAH DINAMAKAN CINTA?

"Sayang awak till jannah...😚😚"

Bwekkk. Nampak sangat tipu.
Kalau sayang kenapa semakin ke neraka?

Erk..😲😲

Sayang- perasaan kasih pada seseorang, disebut cinta. Selalu menimbulkan rasa rindu bila berjauhan. Sering dimenifestasikan dengan kiriman hadiah, kata kata manis dan ucapan sayang.

Awak-means you. Kamu,engkau.

Till-singkatan kepada until. Sehingga.

Jannah- Syurga. Bukan syurga dunia yang penuh kelazatan dalam kemaksiatan yang tak tersedar, tapi Syurga Allah di alam akhirat nanti. Tempat tinggal orang beriman selepas mati selama lamanya (selepas diazab di neraka mengikut amal masing masing).

Kalau sayang awek, bawa dia dekat dengan Tuhan. Clash dulu sehingga diperjodohkan.
Hmmm, takut lah tu dirampas orang ketiga. Hampeh!

Kalau sayang sahabat, bawa dia dekat Tuhan. Ajak pergi masjid, pukul je kalau masih nak bermaksiatan.
Malas lah tu, sebab sama sama nak war kan maghrib maghrib ni?

Kalau sayang jr, bawa dia dekat Tuhan. Ajar yang baik2, tasmik alQuran, bukan ajak perkara lagha.
Tak nak lah tu, sebab rasa diorang tu orang suruhan..

Kalau perangai masih hampeh tahap sodium cyanide tu, tak yah jadi manusia.
Kata nak sampai syurgaNya?

Daie juga menyampaikan, bukan menghukum!
....(terdiam). Terkesan dengan kata2 sendiri.
Ha... baru lah sama sama sampai ke syurgaNya yang abadi tu.

P/s: jiwa rasa lain macam bila nak melapor ke kem semula. Mungkinkah ini homesick?

Kalau sayang family  dan mak ayah, bawa diri dekat dengan Tuhan. Jadilah anak soleh sebagai penyejuk hati mak ayah, dakwah melalui akhlak utk family dan orang sekeliling.
Oke?

#iniBaruCS
#WahaiKadetBeriman