Powered By Blogger

Saturday, September 12, 2015

WARKAH UNTUK BUAH HATI

Wahai jiwa yang cintakan rahmatNya,
Wahai jiwa yang mencari hidayahNya,
Wahai jiwa yang kepingin syurga...

Sanggupkah engkau melepaskan cinta itu?
Sanggupkah engkau meninggalkan dunia mainan mu?
Sanggupkah engkau pisahkan dirimu dari merindunya?
Benarkah sayang till jannah itu yang kau cuba laksana?

Hati, jangan tertipu.
Relakan perpisahan.
Relakan kesengsaraan,
Relakan rasa pedih.
Kerna ia nikmat sementara yang mengaburkan mata.

Wahai pemuda, besarkan jiwamu.
Lihatlah dengan mata hati yang yang tunduk padaNya,
Bukan mengikut hawa semata.
Bukan ikut nikmat dunia.

Pada siapa harus aku bercerita,
Jika pada manusia pun, belum tentu mereka memahami diriku.
Belum tentu mereka masih berhusnuzon denganku.

Entah,
Tapi kata kata mu selalu mengganggu tidur malamku.

Kita ada benda yang lebih besar ingin dicapai bersama.

Sebab redha Allah itu yang lebih utama.

Entah,
Sebab aku masih mencari makna.
Dan kau membisu mencari kata.

Friday, September 11, 2015

INIKAH DINAMAKAN CINTA?

"Sayang awak till jannah...😚😚"

Bwekkk. Nampak sangat tipu.
Kalau sayang kenapa semakin ke neraka?

Erk..😲😲

Sayang- perasaan kasih pada seseorang, disebut cinta. Selalu menimbulkan rasa rindu bila berjauhan. Sering dimenifestasikan dengan kiriman hadiah, kata kata manis dan ucapan sayang.

Awak-means you. Kamu,engkau.

Till-singkatan kepada until. Sehingga.

Jannah- Syurga. Bukan syurga dunia yang penuh kelazatan dalam kemaksiatan yang tak tersedar, tapi Syurga Allah di alam akhirat nanti. Tempat tinggal orang beriman selepas mati selama lamanya (selepas diazab di neraka mengikut amal masing masing).

Kalau sayang awek, bawa dia dekat dengan Tuhan. Clash dulu sehingga diperjodohkan.
Hmmm, takut lah tu dirampas orang ketiga. Hampeh!

Kalau sayang sahabat, bawa dia dekat Tuhan. Ajak pergi masjid, pukul je kalau masih nak bermaksiatan.
Malas lah tu, sebab sama sama nak war kan maghrib maghrib ni?

Kalau sayang jr, bawa dia dekat Tuhan. Ajar yang baik2, tasmik alQuran, bukan ajak perkara lagha.
Tak nak lah tu, sebab rasa diorang tu orang suruhan..

Kalau perangai masih hampeh tahap sodium cyanide tu, tak yah jadi manusia.
Kata nak sampai syurgaNya?

Daie juga menyampaikan, bukan menghukum!
....(terdiam). Terkesan dengan kata2 sendiri.
Ha... baru lah sama sama sampai ke syurgaNya yang abadi tu.

P/s: jiwa rasa lain macam bila nak melapor ke kem semula. Mungkinkah ini homesick?

Kalau sayang family  dan mak ayah, bawa diri dekat dengan Tuhan. Jadilah anak soleh sebagai penyejuk hati mak ayah, dakwah melalui akhlak utk family dan orang sekeliling.
Oke?

#iniBaruCS
#WahaiKadetBeriman

KITA BANGSA APA?

Bosan?
Maknanya kau masih tak pandai membahagi masa.
Tak tahu nak buat apa?
Nampak sangat kau tiada perancangan, memang merancang untuk gagal.

"If u fail to plan, u plan to fail"

Secara teorinya, masa 24 jam itu perlu dibahagi 3.
Study, ibadah dan rehat.

Tapi dalam membahagikan masa ni, kita perlu bijak, contohnya;
Study tidak bermakna hanya fokus buku buku akademik sahaja, datanglah kuliah maghrib yang free tu.
Ibadah tidak semestinya baca Quran, mengurus kehidupan (admin diri) juga ibadah, sebab islam is our deen (cara hidup).
Rehat tidak semestinya tidur membuta, memikirkan kemaslahatan ummah, beriadah dan sekali sekala mandi pantai juga satu kerehatan-minda atau fizikal.

Nah, cantik islam mengatur kehidupan.

Jika rasa bosan,isi dengan membaca.
"Hanya bangsa membaca bangsa berjaya".

Tak percaya?
Kau mesti tak tahu kapal kapal dagang Kedah Tua yang lagi hebat dari Belanda tu masih tertimbus dalam lumpur di sana.
Dulu kerajaan di Terengganu tu adalah pengeluar senjata api terhebat di dunia.
Tahu tak ada kajian mengatakan Istana Ratu Balqis tu adalah Candi Borobudur dan Negeri Saba adalah di Indonesia?
Tahu tak the Lost Atlantis tu adalah Selat Sunda yang tenggelam? Kisah kerajaan agong beb!
Melaka kalah dengan Portugis bukan sebab kita melawan guna keris, tapi sebab khianat orang dagang yang diberi kepercayaan sultan...

Sedih,
Sejarah yang digelapkan.
Dan kita bangsa yang semakin me-layu....

So, ada banyak masa untuk dipersiakan?
Masih rasa bosan?
Cari jati diri bangsa dalam diri, baru tahu betapa hebatnya bangsa kita.
Bangsa membaca, bangsa yang pandai membahagi masa!

P/s: masih membaca akhbar berat sebelah? Baca dua dua pihak.
Asyik swipe up n down, like n comment d Facebook?  Search The Patriot tu.
Rasa tak bernyawa? Bukak cocalfateh.blogspot. moga terkesan...

#IniBaruCS
#WahaiKadetBeriman

Thursday, September 10, 2015

KASIH SI PARA PARA.

Pagi ini, di hari cuti yang indah, sementara menunggu mak menyiapkan teh seteko untuk tetamu yang baru datang  sebelum proceed dengan perancangan hari ini untuk menanam nanas, aku buka tv.
Cerita Cina Malaysia.
Mandarin.
Wataknya 2 budak sekolah menengah, kemas berpakaian uniform.
Macam 2 couple yang sedang dating.
Setting tempat di atas bukit, nampak indah dengan pemandangan petang,
Tapi bila kamera tukar angle, baru sedar itu di gujerat cina.

Terkejut?
Tak.

Apa yang lebih mengejutkan, dialog mereka.

"Saya cuba nasihatkan mendiang kakak jangan buat perkara bodoh"
"Kenapa kakak awak bunuh diri?"
"Dia ditinggalkan teman lelaki"
"Jadi kamu takut menerima cinta saya?"
Krik..krik..
Perempuan manis berspek mata tebal itu senyap, tapi mengangguk perlahan.
Jalan cerita diteruskan dengan adegan mereka membakar colok, mendoakan kesejahteraan kakak yang telah mati...

Alangkah indah kadet kalau macam tu,
Giler gentleman!

Ada bran cuba merisik bakal jauzah tu dkt kubur, minta restu kakak ipar yang dah mati?
Teman awek sampai situ..
Ini tak... kena ayat2 sikit dalam whatapps, muka yang tak berapa comeii pon dah terjatuh rahang.
Baru bawa makan roti canai dekat maple dah rasa bahagia tahap giga.
Hmm..jodoh atau bodoh(baca: jahil)?

P/s: Mahalkan harga dirimu wahai ladies budiman.
Jaga dirimu wahai lelaki yang berakal sembilan.

Entah. Ada dada pergi tepuk.
Kot2 iman masih bersisa, harap tak berterbangan macam habuk tu.

#IniBaruCS
#WahaiKadetBeriman