Bosan?
Maknanya kau masih tak pandai membahagi masa.
Tak tahu nak buat apa?
Nampak sangat kau tiada perancangan, memang merancang untuk gagal.
"If u fail to plan, u plan to fail"
Secara teorinya, masa 24 jam itu perlu dibahagi 3.
Study, ibadah dan rehat.
Tapi dalam membahagikan masa ni, kita perlu bijak, contohnya;
Study tidak bermakna hanya fokus buku buku akademik sahaja, datanglah kuliah maghrib yang free tu.
Ibadah tidak semestinya baca Quran, mengurus kehidupan (admin diri) juga ibadah, sebab islam is our deen (cara hidup).
Rehat tidak semestinya tidur membuta, memikirkan kemaslahatan ummah, beriadah dan sekali sekala mandi pantai juga satu kerehatan-minda atau fizikal.
Nah, cantik islam mengatur kehidupan.
Jika rasa bosan,isi dengan membaca.
"Hanya bangsa membaca bangsa berjaya".
Tak percaya?
Kau mesti tak tahu kapal kapal dagang Kedah Tua yang lagi hebat dari Belanda tu masih tertimbus dalam lumpur di sana.
Dulu kerajaan di Terengganu tu adalah pengeluar senjata api terhebat di dunia.
Tahu tak ada kajian mengatakan Istana Ratu Balqis tu adalah Candi Borobudur dan Negeri Saba adalah di Indonesia?
Tahu tak the Lost Atlantis tu adalah Selat Sunda yang tenggelam? Kisah kerajaan agong beb!
Melaka kalah dengan Portugis bukan sebab kita melawan guna keris, tapi sebab khianat orang dagang yang diberi kepercayaan sultan...
Sedih,
Sejarah yang digelapkan.
Dan kita bangsa yang semakin me-layu....
So, ada banyak masa untuk dipersiakan?
Masih rasa bosan?
Cari jati diri bangsa dalam diri, baru tahu betapa hebatnya bangsa kita.
Bangsa membaca, bangsa yang pandai membahagi masa!
P/s: masih membaca akhbar berat sebelah? Baca dua dua pihak.
Asyik swipe up n down, like n comment d Facebook? Search The Patriot tu.
Rasa tak bernyawa? Bukak cocalfateh.blogspot. moga terkesan...
#IniBaruCS
#WahaiKadetBeriman

No comments:
Post a Comment