Assalamualaikum w.b.t....
HI, saya penulis baru dalam blog ini. Jadinya, pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada admin blog ini kerana menjemput saya join blog anda :) THANK YOU VEGYHHH MUCHH. InsyaAllah saya akan kongsikan perkara yg boleh memberi manfaat kpd semua ^^
Agak lama saya tidak mengukir coretan di blog. Lama juga fikir, apa yang saya boleh kongsikan bersama pembaca semua. perah otak berminggu-minggu jugak la. Heee. Skill menulis pun dah berkarat, jadi nk warming up sket, nk polish sikit2. InsyaAllah.
Baiklah, post ini mungkin agak personal kerana saya ingin berkongsi sedikit tentang pengalaman semasa darjah 6.
Jom Flash Back...
Tahun 2005.
Darjah 6. Hah. Aku masih budak hingusan masa tu. Tak tahu apa2.
Aku ade satu matlamat je mse tu. Iaitu, nak dpt 5A dlm UPSR.
Sebab apa??... Sebab cikgu n family yg suro.
Aku honestly tak tahu ape la penting sgt UPSR tu. Belajar je la. Kenape nak susah2 ada exam pulak.
OK, ni pemikiran mase budak2.
Memang tak tahu tujuan belajar dan knpe kne dpt keputusan yg bagus.
Aku pon tak ingat ape la aku buat masa skolah rendah dulu. Tup-tup, keputusan UPSR dah keluar..
Dan Alhamdulillah, aku dpt 5A. Tapi jiwa budak hingusan aku bermonolog lagi.
Laa.. nak buat ape dah dpt result ni????
** Buat maklumat pembaca, aku ni anak sulung dri 2 adik beradik. Biasela, anak sulung ni mcm experiment la. Mak n ayah aku xd pengalaman nk didik anak mcm mne. So dri segi pendidikan utk aku. parents aku kurang tahu utk salurkan aku ke mana.
Kat sini la start cerita menarik. Betapa berharga dan indahnya PERTOLONGAN ALLAH kpd keluarga aku masa tu.
Seorg kawan lama mak aku (Mak Jah *Bkn nama sebenar) menggalakkan aku mohon msk MRSM. Dia lah yg guide aku utk mohon. Bawak aku ke bangunan MARA, amek borang, medical check up semua.
Ohh, yg kelakarnye, aku TAK TAHU LANGSUNG apekah MRSM tu sbnrnye. Tak pernah tahu psl MRSM. Mmg la asrama, tapi tak leyh bayang langsung. ** Anak sulung, xde pengalaman. Sob3**
Gedebak gedebuk urus mohon MRSM, then tunggu keputusan permohonan...
ALHAMDULILLAH... aku diterima masuk ke MRSM Pontian, Johor.
Moral of the story.....
OK, aku bukan nak menunjuk ke ape. Tapi just nak share bagaimana SWEETnya Allah membantu hamba-Nya.
ALLAH IS ALWAYS WITH YOU. TO HELP YOU. TO GUIDE YOU.
Setiap insan mempunyai REZEKI masing-masing. Percaya kepada REZEKI ALLAH.
Bila aku muhasabah balik, betapa cantiknya perancangan Allah utk aku.
Dia mengizinkan aku memulakan titik pendidikan ku dengan pencapaian cemerlang, diterima masuk ke MRSM. Aku tak pernah aim utk semua ni berlaku.
Tapi Alhamdulillah Allah tunjukkan jalan utk aku meneruskan pendidikan. Allah menghantar Mak Jah untuk guide aku, bgthu ape patut aku buat.. etc.. Terima kasih Mak Jah kerana sudi tolong saya.
Terdetik juga persoalan...
KENAPA AKU???? Hmmmmmmm.....
Mungkin kerana aku anak sulung, memikul banyak tanggungjawab kepada keluarga kelak.
Mungkin sebab itu Allah menggerakkan aku ke sini. Alhamdulillah..
REZEKI itu ketentuan Allah.
Dan...
Setiap ketentuan yg berlaku pasti ada sebabnya kan?
Jadi, mari kita muhasabah diri kita...
Kita kena ingat... NASIB ORANG LAIN_LAIN.
Ada org yg hidupnya di uji dengan pelbagai dugaan.
Ada org yg hidupnya senang-lenang.
Realitinya, hidup ini ada susah dan senangnya.
Kita sebagai hamba-Nya perlu sentiasa bersyukur dan berdoa kepada Allah ketika berada dlm kedua-dua situasi. Iaitu susah dan senang.
Di saat diri diuji, jgn lah kita fikir bukan-bukan.
BERSANGKA BAIKLAH kepada Allah. Kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya.